PERTANDINGAN MSS PERAK e-CHALLENGE 2021

 

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.NAMA PERTANDINGAN :-  MSS PERAK eCHALLENGE 2021 - FASA 1 

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN :-

a. Menggalakkan murid untuk terus bersukan serta kekal aktif cergas walaupun ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

b. Melibatkan penyertaan murid dalam sukan-sukan yang bakal dipertandingkan secara atas talian.

c. Mencari atlet dan bakat baru melalui kemahiran asas sukan yang dipertandingkan.

d. Memberi peluang kepada lebih ramai murid mendapat sijil penyertaan peringkat negeri.

3. SUKAN (FASA 1) YANG DIPERTANDINGKAN :-

a. Merentas Desa - Fun Run

b. Bola Jaring - Netball Skills Challenge

c. Catur - Online Tournament with Lichess

d. Sepak Takraw - Beat the Wall

e. Bola Sepak - Menimang Bola Freestyle

f. Ping Pong - Bounce Against the Wall

4. TARIKH PERTANDINGAN :- 

a. Sepak Takraw, Ping Pong, Bola Sepak dan Merentas Desa : 28 JUN 2021 hingga 28 JULAI 2021

b. Catur : 10 Julai hingga 11 Julai 2021

c. Bola Jaring : 19 Julai - 28 Julai 2021

5. PENYERTAAN :- 

a. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah di negeri Perak pada tahun 2021 sahaja .

b. Penyertaan dalam pertandingan ini melayakkan murid untuk membuat pengisian dalam PAJSK bagi PELIBATAN I - Peringkat Negeri dan PENCAPAIAN sama ada Peringkat DAERAH ATAU NEGERI. 

6. KATEGORI PERTANDINGAN :-

a. 12 tahun ke bawah (L & P) : Murid Tahun 4, 5 dan 6           

b. 15 tahun ke bawah (L & P) : Murid Tingkatan 1 hingga 3            

c. 18 tahun ke bawah (L & P) : Murid Tingkatan 4 hingga 5

d. 18 tahun ke atas (L & P) : Murid Tingkatan 6 & Kolej Vokasional

e. Murid Berkeperluan Khas (MBK) : Sukan Merentas Desa, Bola Sepak dan Bola Jaring sahaja

* mengikut jenis sukan yang dipertandingkan             

7. PENILAIAN : Berdasarkan pautan video dan penilaian kendiri yang dihantar oleh peserta kepada pihak urus setia kecuali bagi sukan Merentas Desa dan Catur.

8. URUS SETIA PERTANDINGAN : UPBM Sukan, JPN Perak serta PTPS Negeri dan PTPS Daerah.

9. Sebarang persoalan, sila hubungi:-

a. UPBM Sukan : 05-2423727

b. PTPS Merentas Desa : 018-9510657 (Encik Wan Kamarulzaman b. Wan Kamaruddin)

c. PTPS Bola Jaring : 012-5156606 (Puan Rozitah bt. Hassan)

d. PTPS Catur : 011-11875246 (Puan Nazidatulsima binti Najamuddin)

e. PTPS Sepak Takraw : 019-5633328 (Encik Muhammad Nasir bin Abdul Rashid)

f. PTPS Bola Sepak : 019-5433396 (Encik Ahmad Fauzi b. Azib)

g. PTPS Ping Pong : 014-6028725 (Encik Tan Choon Khoon)

PERATURAN AM PERTANDINGAN

1. Pertandingan dijalankan secara INDIVIDU sahaja. 

2. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU PENYERTAAN SAHAJA bagi setiap sukan  yang dipertandingkan namun tiada had maksima diberikan kepada sekolah untuk menghantar peserta. 

3. Selain daripada peraturan yang terkandung dalam peraturan Am MSSM, peraturan tertakluk kepada syarat pengubahsuaian sukan (Modified Games) yang dipertandingkan.

4. Penetapan pemilihan lokasi adalah di tempat kediaman masing-masing atau kawasan yang sesuai mengikut pilihan masing-masing mengikut SOP semasa. Rakaman di sekolah hanya boleh dibuat sekiranya SOP terkini membenarkan. 

5. Peserta boleh memilih dan menghantar rakaman yang terbaik yang memenuhi kriteria tanpa sebarang ubahsuai @ edit.  Sekiranya memerlukan bantuan pihak lain, kerja berkumpulan hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga sahaja. 

6. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau undang-undang berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

7. Pembatalan penyertaan akan dikenakan sekiranya:

a. Berlaku pelanggaran peraturan  pertandingan atau;

b. Saiz gelanggang dan peralatan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau;

c. Rakaman video telah diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat  rakaman.

8. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah muktamad.

PAKAIAN DAN PERALATAN

1. PAKAIAN :-

a. Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian, lengkap dan selamat. 

b. Pemakaian pakaian yang beridentitikan sekolah amat digalakkan.   

2. PERALATAN :-

a. Persediaan peralatan pertandingan disediakan oleh peserta sendiri.

b. Walau bagaimanapun semua peralatan tersebut adalah peralatan yang  mudah diperolehi dan boleh dimodifikasikan sesuai dengan keadaan semasa. 

c. Peralatan yang memerlukan spesifikasi wajib adalah berdasarkan peraturan pertandingan mengikut sukan yang dipertandingkan. 

SYARAT PENGHANTARAN VIDEO

1. Peserta digalakkan untuk mendapatkan rakaman video terbaik bagi cabaran yang disertai sebelum menghantar kepada pihak urus setia.

2. Setiap peserta hanya perlu menghantar  1 sahaja rakaman yang terbaik untuk dinilai oleh urus setia.

3. Rakaman video perlu asli dan tiada kesan edit. Penyertaan akan TERBATAL JIKA DIDAPATI MERAGUKAN pihak penjurian.

4. Pada permulaan rakaman video tersebut,  peserta diminta memperkenalkan diri. Contohnya, "Saya_____________, dari  Sekolah________, Daerah __________" . 

5. Peserta digalakkan menyuarakan bilangan balingan/ pukulan/ sepakan yang dibuat semasa aksi dan rakaman video sedang dilakukan.

6.Penggunaan suntingan muzik iringan semasa aksi dirakamkan adalah dibenarkan. 

7. Peserta hendaklah memuat naik (upload) video yang dihasilkan di aplikasi YouTube atau Facebook sahaja dengan tetapan "Public". Kemudian, peserta perlu menyalin pautan (link) video berkenaan di Google Form sukan berkaitan yang disediakan oleh urus setia.

8. Peserta juga perlu memasukkan jumlah kiraan balingan/ pukulan/ sepakan yang berjaya dilakukan berdasarkan video yang dihantar pada ruangan Penilaian Kendiri.

9. Pihak urus setia tidak akan bertanggung jawab sekiranya pautan yang diberi tidak dapat diakses oleh Panel Penjurian.

10. Rakaman video tidak diperlukan dalam sukan Merentas Desa dan Catur.

SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN

1. Semua kategori akan menerima :

a. Sijil Penyertaan Peringkat Negeri

b. Sijil Pencapaian Peringkat Negeri - 10 kedudukan terbaik di peringkat negeri dan medal (kecuali Merentas Desa)        

c. Sijil Pencapaian Peringkat Daerah - 5 kedudukan terbaik di peringkat daerah (kecuali Catur dan Merentas Desa)

Catatan : Tiada pertandingan (pencapaian) bagi sukan Merentas Desa – Hanya Sijil Penyertaan Peringkat Negeri kepada peserta yang memenuhi syarat kelayakan.

PAUTAN SUKAN-SUKAN FASA 1 YANG DIPERTANDINGKAN

SILA KLIK PADA PAUTAN YANG DISERTAKAN UNTUK PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT.

===================================
EMAIL PENDAFTARAN ADALAH EMAIL SEKOLAH;
sksmexcellent@gmail.com
===================================

1. SEPAK TAKRAW

https://forms.gle/jfEfZDNXT4UXnu476

2. BOLA JARING

https://forms.gle/QtvK2HnAbB7D1eJV9

3. PING PONG

https://forms.gle/AP6KgfYPmdyDTWjc8

4. BOLA SEPAK

https://forms.gle/HxhZUeGUNNpS5teXA

5. CATUR

https://forms.gle/5vhzyXFkEMT7nYN8A

6. MERENTAS DESA

https://forms.gle/QzdhuSyQAY92b3cB8

SILA SEBARLUASKAN MAKLUMAT TENTANG PERTANDINGAN INI. MSS PERAK MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA, SOKONGAN DAN PENYERTAAN ANDA. SETELAH PENJURIAN SELESAI, KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI FACEBOOK DAN YOUTUBE MSS PERAK. 

#sksmexcellent
#mohbersukan
#mssperakechallenge2021