1. NAMA PERTANDINGAN
MSS PERAK eCHALLENGE 2021 - FASA 2
2. PENGENALAN
a. Program MSS Perak eChallange ini bertujuan untuk menggalakkan murid untuk terus bersukan serta kekal aktif dan cergas walaupun ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

b. MSS Perak eChallange melibatkan penyertaan murid dalam sukan-sukan yang dipertandingkan secara atas talian untuk memberi peluang kepada mereka menyertai pertandingan di peringkat daerah dan negeri, seterusnya mewakili negeri Perak di peringkat kebangsaan.
3. OBJEKTIF PERTANDINGAN
a. Mencari atlet dan bakat baru melalui kemahiran asas sukan yang dipertandingkan.
b. Memberi peluang kepada lebih ramai murid mendapat sijil penyertaan peringkat negeri.
c. Memilih atlet untuk mewakili negeri Perak ke Kejohanan eMSSM.
4. SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN
a. AKUATIK - Aquatic Dryland Exercise
b. BADMINTON - Video Analysis Badminton Skills
c. BOLA BALING - Pertandingan Kemahiran Bola Baling
d. BOLA KERANJANG - Cabaran Kemahiran Bola Keranjang MSSPK eChallange
e. BOLA SEPAK (WANITA) - Pertandingan Kemahiran Menimang Bola
f. BOLA TAMPAR - Pertandingan Kemahiran Bola Tampar
g. BOLING TENPIN - Pertandingan Kemahiran Boling Tenpin
h. CATUR - Kejohanan Catur Secara Dalam Talian
i. GIMNASTIK ARTISTIK - Kejohanan Gimnastik Artistik Secara Dalam Talian
j. GIMRAMA - Pertandingan e-Gimrama
k. GOLF -Kejohanan Golf Secara Dalam Talian
l. HOKI - Pertandingan Kemahiran Hoki Secara Dalam Talian
m. KRIKET - Pertandingan Kemahiran Kriket Secara Dalam Talian
n. MEMANAH - Pertandingan Memanah Secara Dalam Talian
o. RAGBI - Pertandingan Kemahiran Ragbi Secara Dalam Talian
p. SKUASY - Pertandingan Kemahiran Skuasy Secara Dalam Talian
q. SOFBOL - Pertandingan Kemahiran Sofbol Secara Dalam Talian
r. TENIS - Pertandingan Menimang Bola Tenis Gaya Bebas
5. TARIKH PERTANDINGAN
20 Ogos 2021 hingga 15 September 2021

20 Ogos 2021 hingga 4 September 2021 (Sukan Boling Tenpin)

20 Ogos 2021 hingga 10 September 2021 (Sukan Bola Baling dan Ragbi)
6. PENYERTAAN
a. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah di negeri Perak pada tahun 2021 sahaja .
b. Murid dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) & Sekolah Sukan Malaysia (SSM) perlu mewakili daerah asal mereka.
c. Penyertaan dalam pertandingan ini melayakkan murid untuk membuat pengisian dalam PAJSK bagi PENGLIBATAN I - Peringkat Negeri dan PENCAPAIAN sama ada Peringkat DAERAH ATAU NEGERI.
7. KATEGORI PERTANDINGAN
a. 12 tahun ke bawah (L & P)        
b. 15 tahun ke bawah (L & P)          
c. 18 tahun ke bawah (L & P)
* mengikut jenis sukan yang dipertandingkan          
8. URUS SETIA PERTANDINGAN
8.1 Pertandingan dikelolakan UPBM Sukan, JPN Perak serta PTPS Negeri dan PTPS Daerah.

8.2 Sebarang persoalan, sila hubungi:-
a. UPBM Sukan : 05-2423727
b. PTPS AKUATIK - Encik Maheswaran a/l A. Nadeson (0125123858)
c. PTPS BADMINTON - Encik Mohd Faizul b. Dahlan (0135811002)
d. PTPS BOLA BALING - Encik Ahmad Noornizam b. Shamsudin (0124578671)
e. PTPS BOLA KERANJANG - Puan Huah Hoon Yen (0189545488)
f. PTPS BOLA SEPAK (WANITA) - Encik Ahmad Fauzi b. Azib (0195433396)
g. PTPS BOLA TAMPAR - Encik Ahmad Asmawi b. Md Zubir (0195915075)
h. PTPS BOLING TENPIN - Encik Mazni b. Othman (0175620705)
i. PTPS CATUR - Puan Nazidatulsima binti Najamuddin (01111875246)
j. PTPS GIMNASTIK ARTISTIK - Encik Jasrizal b. Saad (0164441179)
k. PTPS GIMRAMA - Puan Nageinthini a/p Tewarajan (0149522945)
l. PTPS GOLF - Encik Sagayaraj a/l Micheal (0125171103)
m. PTPS HOKI - Encik Ismail b. Ibrahim (0195594003)
n. PTPS KRIKET - Encik Nor Azlan Shah Bin Mohd Redhun (0175464989)
o. PTPS MEMANAH - Encik Shalahuddin Bin Yusof (01121006284)
p. PTPS RAGBI - Encik Helmi b. Haji Md. Isa (0125257957)
q. PTPS SKUASY - Encik Jeffri b. Dali (0125536234)
r. PTPS SOFBOL - Encik Adnan b. Mustafa (0134891007)
s. PTPS TENIS - Encik Mazuki b. Mohamad (0108739679)
9. PERATURAN AM PERTANDINGAN
a. Pertandingan yang dijalankan terbahagi kepada 2 peringkat:-
i. Peringkat daerah (mengikut PPD)
ii. Peringkat negeri Perak

b. Pertandingan dijalankan secara INDIVIDU sahaja.

c. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU PENYERTAAN SAHAJA bagi setiap sukan yang dipertandingkan namun tiada had maksima diberikan kepada sekolah untuk menghantar peserta.

d. Selain daripada peraturan yang terkandung dalam peraturan Am MSSM, peraturan tertakluk kepada syarat pengubahsuaian sukan (Modified Games) yang dipertandingkan.

e. Penetapan pemilihan lokasi adalah di KEDIAMAN MASING-MASING atau KAWASAN YANG SESUAI mengikut pilihan masing-masing mengikut SOP semasa. Rakaman di sekolah hanya boleh dibuat sekiranya SOP TERKINI MEMBENARKAN.

f. Peserta boleh memilih dan menghantar RAKAMAN YANG TERBAIK yang memenuhi kriteria tanpa sebarang ubahsuai @ edit. Sekiranya memerlukan bantuan pihak lain, kerja berkumpulan hanya dibenarkan dalam kalangan AHLI KELUARGA SAHAJA..

g. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau undang-undang berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

h. Pembatalan penyertaan akan dikenakan sekiranya:
i. Berlaku PELANGGARAN PERATURAN pertandingan atau;
ii. SAIZ GELANGGANG dan PERALATAN tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau;
iii. Rakaman video telah diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat rakaman.

i. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah muktamad.
10. PAKAIAN DAN PERALATAN

10.1 PAKAIAN :-
a. Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian, lengkap dan selamat.
b. Pemakaian pakaian yang beridentitikan sekolah amat digalakkan.  

10.2 PERALATAN :-
a. Persediaan peralatan pertandingan disediakan oleh peserta sendiri.
b. Semua peralatan yang disediakan perlu mengikut syarat-syarat khusus pertandingan mengikut sukan yang disertai.
c. Kegagalan menyediakan peralatan seperti mana yang terkandung dalam syarat pertandingan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
11. SYARAT PENGHANTARAN VIDEO
a. Peserta digalakkan untuk mendapatkan rakaman video terbaik bagi cabaran yang disertai sebelum menghantar kepada pihak urus setia.

b. Setiap peserta hanya perlu menghantar 1 sahaja rakaman yang terbaik untuk dinilai oleh urus setia.

c. Rakaman video perlu asli dan tiada kesan suntingan. Penyertaan akan TERBATAL JIKA DIDAPATI MERAGUKAN pihak penjurian.
         
d. Pada permulaan rakaman video tersebut, peserta diminta memperkenalkan diri. Cara memperkenalkan diri adalah mengikut keperluan sukan yang disertai.

e. Peserta digalakkan menyuarakan bilangan balingan / pukulan / sepakan yang dibuat semasa aksi dan rakaman video sedang dilakukan.

f.Penggunaan suntingan muzik iringan semasa aksi dirakamkan adalah DIGALAKKAN, Namun, TIADA peruntukan markah tambahan semasa penjurian.

g. Peserta hendaklah memuat naik (upload) video yang dihasilkan di akaun YouTube sendiri/ibu bapa/guru dengan tetapan "Unlisted @ Public". Kemudian, peserta perlu menyalin pautan (link) video berkenaan di Google Form sukan berkaitan yang disediakan oleh urus setia.

h. Peserta juga perlu memasukkan jumlah kiraan balingan / pukulan / sepakan yang berjaya dilakukan berdasarkan video yang dihantar pada ruangan Penilaian Kendiri, jika diminta berbuat demikian.

i. Pihak urus setia tidak akan bertanggung jawab sekiranya pautan yang diberi tidak dapat diakses oleh Panel Penjurian.

j. Rakaman video tidak diperlukan dalam sukan Catur kerana dikendalikan secara langsung (Tornelo).
12. CARTA ALIR PENGHANTARAN VIDEO
13. PENILAIAN & PENJURIAN
a. Penilaian adalah berdasarkan pautan video dan penilaian kendiri yang dihantar oleh peserta kepada pihak urus setia (mengikut jenis sukan)
b. Penjurian dibuat oleh Panel Penjurian yang dilantik di peringkat Daerah dan Negeri.
14. CARTA ALIR PENJURIAN
15. SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN
Semua kategori akan menerima :

a. Sijil Penyertaan Peringkat Negeri (e-sijil)
b. Sijil Pencapaian Peringkat Negeri - 5 kedudukan terbaik di peringkat negeri dan medal      
c. Sijil Pencapaian Peringkat Daerah - 5 kedudukan terbaik di peringkat daerah



MSSPk eCHALLENGE FASA 2

16. BOLA SEPAK (PEREMPUAN)
SILA SEBARLUASKAN MAKLUMAT TENTANG PERTANDINGAN INI. MSS PERAK MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA, SOKONGAN DAN PENYERTAAN ANDA. SETELAH PENJURIAN SELESAI, KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI FACEBOOK DAN YOUTUBE MSS PERAK.
#mohbersukan
#mssperakechallenge2021