KGSS 2019 / 2020





XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
PERLEMBAGAAN KGSS SKSM
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN STAF
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG

1.Semua guru dan kakitangan sekolah ialah ahli.

2.Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab selama 12 bulan.

3.Yuran ahli sebanyak RM10.00 sebulan.

4.Bayaran yuran boleh dibuat dua kali setahun (RM60.00 penggal pertama & RM60.00 penggal kedua ATAU ahli boleh membayar sekali sebanyak RM120.00)

5.Hadiah bagi ahli yang berpindah:

Berkhidmat 5 tahun dan ke bawah – RM50.00

Berkhidmat 6 hingga 9 tahun – RM100.00

Berkhidmat lebih 10 tahun dan ke atas – RM150.00

Hadiah bagi ahli yang bersara – RM150.00

6.Hadiah bagi ahli perempuan yang bersalin atau isteri ahli lelaki yang bersalin kali pertama di sekolah ini – RM50.00

7.Ahli yang berkahwin kali pertama semasa berkhidmat di sekolah ini – RM100.00

8.Kematian – jika berlaku kematian ahli atau ahli keluarga terdekat ahli (suami/isteri, anak, ibu dan ayah), sumbangan melalui kutipan ikhlas akan dibuat untuk diberikan kepada ahli yang terlibat.

9.Ahli KGSS yang masuk wad 7 hari dan ke atas, sumbangan @ cenderahati dari KGSS bernilai RM30 akan diberi.

10. Ahli yang ditimpa musibah seperti kemalangan atau rumah terbakar  akan dibuat kutipan ikhlas.

11.Derma luar hanya 5 kali sahaja akan dikeluarkan dalam setahun sebanyak RM50.00 setiap derma tersebut.

12. Ahli KGSS sekolah automatik menjadi ahli badan Khairat Kematian Daerah Manjung yang berdaftar.

13.Baju rasmi sekolah akan dibuat mengikut keperluan. Kos bayaran akan dikutip daripada setiap ahli.

14.Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali ATAU mengikut keperluan.    



MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT