LAMPIRAN
BERGAMBAR
JUMAAT,
20 MEI 2016
1. Suasana tapak perkhemahan di Kem Sungai Pauh,
Cameron Highlands
2. Taklimat, memasang khemah dan ice breaking
SABTU,
21 MEI 2016
1. Aktiviti jungle
trekking
2. Aktiviti membuat ikatan dan simpulan tali
3. Aktiviti flying fox
4. Majlis penutup
AHAD,
22 MEI 2016
1. Mengemas tapak perkhemahan
2. Lawatan sekitar Cameron Highlands
REFLEKSI
Pada
20 hingga 22 Mei yang lepas, SK Seri Manjung telah dijemput oleh SK Kampong
Bahagia Teluk Intan untuk menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang
diadakan di Kem Sungai Pauh Cameron Highlands, Pahang. Seramai empat orang peserta, seorang guru pengiring
dan seorang jurulatih dari SK Seri Manjung telah menyertai perkhemahan
ini. Setiap peserta dan juga guru
pengiring dikehendaki untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM50
seorang. Perkhemahan selama tiga hari
dan dua malam ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada murid. Murid menjadi lebih berdikari, dapat
berkenalan dengan rakan-rakan dari daerah yang berlainan serta dapat
menjalankan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.
Pada
20 Mei 2016, peserta bersama dua orang guru telah bertolak ke Cameron Highlands
pada jam 10.30 pagi dan telah sampai ke tapak perkhemahan lebih kurang jam 3.30
petang. Setibanya di tapak perkhemahan,
guru dan peserta telah menunaikan solat sementara menunggu rombongan dari SK
Kampong Bahagia yang belum tiba. Lebih
kurang pada pukul 5.00 petang, rombongan dari SK Kampong Bahagia telah
tiba. Semua peserta dihendaki untuk
berkumpul dan mendengar taklimat ringkas daripada kem komanden. Peserta juga diberikan roti sebagai minum
petang dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut khemah. Selesai minum petang, peserta dikehendaki
untuk bekerjasama memasang khemah masing-masing dengan bantuan guru. Selepas itu, murid dikehendaki berkumpul
semula untuk taklimat dan dibenarkan untuk membersihkan diri dan menunaikan
solat asar.
Pada
malam itu, selepas menunaikan solat fardhu maghrib dan isya’, peserta diminta
berkumpul untuk menjalankan aktiviti ice
breaking. Perkhemahan pada kali ini
telah melibatkan sebanyak empat buah sekolah iaitu SK Kampong Bahagia sebagai
penganjur perkhemahan dan tiga buah sekolah jemputan yang terdiri daripada SK
Seri Manjung, SK Convent Teluk Intan dan SK Sultan Abdul Aziz. Keseluruhan peserta pula seramai lebih kurang
87 orang murid. Makanan dan minuman
sepanjang perkhemahan telah disediakan secara gotong royong oleh guru-guru dari
SK Kampong Bahagia.
Pada
keesokan harinya selepas bersarapan, peserta memulakan pagi mereka dengan
aktiviti senamrobik yang diketuai oleh jurulatih utama. Perkhemahan pada kali ini telah dibantu oleh
lebih kurang sepuluh orang jurulatih utama negeri Perak. Selepas itu, peserta diminta bersedia untuk
aktiviti fizikal jungle trekking. Taklimat ringkas telah diberikan sebelum
murid mula masuk ke dalam hutan.
Beberapa orang guru serta jurulatih juga turut mengikuti aktiviti
ini. Aktiviti jungle trekking ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna
kepada semua peserta. Disamping dapat
melihat keindahan flora dan fauna, peserta juga dapat memupuk sifat bekerjasama
dan bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dam juga rakan mereka.
Selepas
aktiviti jungle trekking, murid
dibenarkan untuk berehat dan makan tengahari.
Selepas solat zohor, murid diminta berkumpul untuk menjalankan aktiviti
membuat ikatan dan simpulan tali.
Jurulatih telah mengajar beberapa ikatan tali asas dan peserta diminta
untuk berlatih membuat ikatan tersebut.
Kemudian, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk
menjalankan aktiviti flying fox dan
juga orienteering. Sebelum menjalankan aktiviti flying fox, jurulatih telah memberikan taklimat berkaitan
peralatan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut, cara pemakaian keselamatan
dan cara untuk melakukan aktiviti tersebut.
Aktiviti-aktiviti ini sangat baik kerana dapat menguji keberanian
peserta, meningkatkan keyakinan diri serta membolehkan peserta memperoleh
pengetahuan dan pengalaman baru.
Pada
sebelah malam, satu majlis penutup telah dijalankan. Guru Besar SK Kampong Bahagia, Hjh Anita
Salmi sangat berbesar hati menerima kehadiran peserta-peserta jemputan dari
sekolah lain. Guru pengiring juga telah
menyampaikan cenderamata dari SK Seri Manjung sebagai tanda penghargaan kepada
SK Kampong Bahagia. Kenangan yang paling
manis apabila dua orang peserta dari SK Seri Manjung iaitu Farkhin dan Izzan
yang masing-masing menerima ‘Anugerah Peserta Berdisiplin’ dan ‘Anugerah
Peserta Prihatin’. Pada malam itu, semua
peserta dihidangkan dengan makanan steamboat.
Pada
22 Mei 2016 iaitu hari terakhir di Kem Sungai Pauh, selepas bersarapan, peserta
diminta untuk mengemaskan barang dan khemah masing-masing. Selepas siap berkemas dan membersihkan tapak
perkhemahan, para peserta, urusetia, guru-guru pengiring dan jurulatih telah
mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Selepas bermaaf-maafan, kami meneruskan perjalanan ke BOH Tea Centre
Sungei Palas sambil menikmati teh panas sebelum pulang ke Manjung. Sebelum itu, murid-murid juga telah ke
Strawberry Farm untuk membeli sedikit buah tangan untuk rakan dan keluarga. Peserta dan guru akhirnya sampai ke
perkarangan SK Seri Manjung lebih kurang jam 5.30 petang.
Secara
keseluruhannya, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada kali ini memberikan
1001 kenangan manis kepada murid-murid dan juga guru pengiring. Banyak pengalaman yang telah diperolehi dan
diharapkan agar SK Seri Manjung juga dapat menjalankan program seperti ini pada
masa akan datang.
Disediakan
oleh :
tt
.................................................................
(NUR
FARAHIN BT AHMAD FUAD)
Guru
Pengiring,
Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform,
Anjuran
SK Kampong Bahagia.
Disahkan
oleh :
tt
......................................................................
(EN
MOHD HAIRUL ANUAR B HASHIM)
Penolong
Kanan Kokurikulum,
SK
Seri Manjung.